Thursday 23 June 2016

Filled Under:

"Salahkah Aku Mencintai Suami Orang?"


Kami memetik dari laman Facebook Pesona Pengantin yang #mengutarakan isu ini. Dari apa yang diajukan, wanita berkenaan meminta pendapat dari pengguna maya yang mempunyai pengalaman berkaitan poligami. Meskipun dia akui kebanyakan respon yang diberikan adalah negatif.

Ikuti sepenuhnya luahan wanita terbabit di bawah:

Salam admin, mohon rahsiakan identiti saya. Saya nak #tanya pendapat admin mahupun rakan yang lain. Mungkin pertanyaan saya ini akan dikecam oleh banyak pihak.

Berkaitan dengan soal poligami. Saya sedang menjalinkan #hubungan cinta dengan seorang lelaki yang sudah berkeluarga, mempunyai seorang anak dan isterinya sedang sarat mengandung.

Perkenalan kami baru berusia dua tahun. Dia ada menyampaikan #hasrat untuk menjadikan saya sebagai isteri keduanya. Malah dia sudah berjumpa dengan kedua ibu bapa saya.

Dia memaklumkan pada saya bahawa dia akan beritahu perkara itu #kepada isterinya. Tetapi bukan pada masa isterinya sedang sangat sarat mengandung.

Pertanyaan saya, jika saya meneruskan hubungan ini atas dasar #cinta, adakah ianya satu keputusan yang terhina sebagai seorang wanita? Saya pernah menyuarakan kepada dia bahawa saya rasa bersalah dan kasihan terhadap isterinya sebagai sesama wanita. Tetapi dia menjawab, dia mampu untuk berpoligami dengan adil. Dan hasrat dia untuk menjadikan saya sebagai isteri kedua itu juga tidak dilarang dalam agama.

Jawapannya itu membuatkan saya dalam dilema. Harap admin dapat #membantu saya. Saya terima jika ada yang mengecam saya mahupun marah atau maki kerana saya tahu perkara ini sangat sensitif. Saya mohon maaf,

Dalam ruangan komen di Page Pesona Pengantin, salah satu komen #telah mendapat perhatian netizen, komen tersebut yang dimuatnaik dari seorang pengguna Facebook dengan nama Deano Rahayudean Rahmat membalas persoalan wanita dalam dilema tersebut.

Saya belum berumahtangga tetapi terpanggil untuk memberikan #pendapat. Mungkin kerana adik beradik ramai perempuan dan ibu saya juga adalah ibu tunggal.

Dari pandangan saya, dari awal perhubungan lagi lelaki itu tidak #adil dengan isteri pertama sebab apakah alasan yang dia berikan pada isterinya untuk berjumpa dengan awak?

Kedua, mengapa hubungan itu sudah berlanjutan selama dua #tahun meskipun awak tahu yang dia mempunyai anak dan isteri? Awak sendiri mencari masalah?

Ketiga, mampu bukan setakat mencampak duit bagi anak dan #melayan nafsu. Kalau betul dia mampu, maksudnya dia juga mampu menjalankan amanah dan rukun-rukun Islam. Solat tak? Puasa tak?

Keempat, kalau dia menjalankan perintah Allah, #tahu tak dia bahawa berdua dengan bukan mahram adalah seperti berdua dengan seekor babi? Bohonglah kalau tidak pernah berjumpa kan?

Kelima, awak terfikir tak suatu hari nanti dia juga akan memberikan alasan yang sama untuk melengkapkan kuota yang ketiga dan keempat isterinya nanti? #Mampu nak tabahkan hati pada ketika itu? Isteri pertama dapat payung emas, awak pula mendapat payung Shell sahaja sebab rebate isi minyak.

Banyak lagi soalan-soalan yang saya nak tanya. #Lelaki itu poyo kalau dia berkata yang dia mampu. Sebab ada GST pun sudah pasti dia memekak tidak setuju. Senang cerita, tak payahlah mengusutkan masalah yang ada. Saya sebagai lelaki tidak setuju sebab membayangkan kalau itulah yang terjadi pada adik-adik perempuan saya. Awak dan lelaki itu akan makan kaki kiri dan kanan. Seorang sebelah. Sekian,

Persoalan disini, adakah wanita tersebut patut atau #tidak untuk meneruskan hubungannya dengan lelaki yang statusnya suami orang?

Ada sesetengah pendapat mengatakan lebih baik #teruskan hubungan itu dengan suatu ikatan yang halal, tapi ada juga yang berpendapat lebih baik wanita itu undur diri dan carilah lelaki yang selayaknya untuk dia jadikan teman hidup dan bukannya suami orang.

Ia sangat-sangat subjektif bukan?

Benar juga kata saudara Deano, mungkin satu hari #nanti lelaki tersebut akan memberikan alasan yang sama kepada wanita ini untuk berpoligami setelah mereka berumahtangga.<

Apa pula pendapat anda?




5 comments:

  1. Saya sokong pdapat saudara deno...ko x keian ke ngan ank bini dia...sedang bini ngah sarat mgandung dia leh mjalinkan hubungan ngan ko..pikir...aku mmg angin ngan tajuk ko...ni coz dia myebabkan myusahkan semua pihak...

    ReplyDelete
  2. Saya sokong pdapat saudara deno...ko x keian ke ngan ank bini dia...sedang bini ngah sarat mgandung dia leh mjalinkan hubungan ngan ko..pikir...aku mmg angin ngan tajuk ko...ni coz dia myebabkan myusahkan semua pihak...

    ReplyDelete
  3. Dalam hal ini, kita tak boleh terus memberi alasan atau pandangan kerana maklumat daripada kedua belah pihak mestilah diperolehi dan dari sana barulah boleh membuat rumusan.

    Kenapa Islam membenarkan lelaki berkahwin lebih dari 1, kerana Allah SWT lebih Maha Mengetahui, seperti juga ceramah Dr Zaki Naik, di dunia sekarang ada lebih wanita berjuta2 org...di palastin, iraq, syiria dan lain2 negara,, dan Malaysia juga wanita melebihi lelaki...itu semua kita faham..

    Berbalik kepada isu, kita kena tahu kenapa lelaki tersebut mahu berpoligami? Mungkin ia ada sebab sendiri..mungkin isterinya membenarkan ia berkahwin lagi atas faktor2 lain yg kita tidak tahu..

    Sebagai contoh, saha pernah berjumpa 1 pasangan yg kurang dari 1 tahun berkahwin, isteri minta suami berkahwin 1 lagi atas sebab dia tidak mampu melayani kehendak seks suami...

    Jadi kita tidak perlu merumuskan sendiri berdasarkan kepada andaian kita semata2...

    Allahualam

    ReplyDelete
  4. Dalam hal ini, kita tak boleh terus memberi alasan atau pandangan kerana maklumat daripada kedua belah pihak mestilah diperolehi dan dari sana barulah boleh membuat rumusan.

    Kenapa Islam membenarkan lelaki berkahwin lebih dari 1, kerana Allah SWT lebih Maha Mengetahui, seperti juga ceramah Dr Zaki Naik, di dunia sekarang ada lebih wanita berjuta2 org...di palastin, iraq, syiria dan lain2 negara,, dan Malaysia juga wanita melebihi lelaki...itu semua kita faham..

    Berbalik kepada isu, kita kena tahu kenapa lelaki tersebut mahu berpoligami? Mungkin ia ada sebab sendiri..mungkin isterinya membenarkan ia berkahwin lagi atas faktor2 lain yg kita tidak tahu..

    Sebagai contoh, saha pernah berjumpa 1 pasangan yg kurang dari 1 tahun berkahwin, isteri minta suami berkahwin 1 lagi atas sebab dia tidak mampu melayani kehendak seks suami...

    Jadi kita tidak perlu merumuskan sendiri berdasarkan kepada andaian kita semata2...

    Allahualam

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan awak Haris Fadzlah.. UAI juga pernah berkata dalam ceramahnya, "Akan rosak orang perempuan pada akhir zaman ini jika orang laki2 tidak berpoligami kerana kaum hawa lebih ramai daripada kaum Adam. Apa2 pun kita doakan lah yang baik2 untuk pasangan seperti kes ini.

    ReplyDelete