Sunday 26 June 2016

Filled Under:

Pesan Terakhir - "Adik jangan main Pemetik Api Papa Tau .. Mama nak Isi minyak".. Tidak beberapa Saat.. Satu Letupan yang Kuat Berlaku.. Masya Allah .. Apa sudah jadi dengan Anaknya yang didalam kereta amat Mengerikan !


Kuala Lumpur : Seorang budak berusia tujuh tahun yang #bermain dengan pemetik api, menyebabkan kereta yang dinaikinya, yang berada di sebuah stesen minyak, terbakar.

Video insiden yang berlaku di Kelantan itu dimuat naik ke #media sosial oleh Mastura Ghazali Masra, lapor laman MalaysiaKini.

Rakaman video tersebut, menunjukkan ibu kanak-kanak itu #sedang mengisi minyak kereta sebelum Proton Wira berkenaan tiba-tiba terbakar dari dalam.

Ibu budak itu bergegas ke bahagian kereta yang terbakar #untuk membantu anaknya namun mendapati pintu terkunci.

Beliau kemudian berlari ke pintu lain dan menarik #anaknya keluar.

Para pekerja di stesen minyak yang terletak di Guchil, #Kuala Krai dilihat bergegas ke kereta berkenaan dan cuba memadamkan kebakaran dengan alat pemadam api.

Menurut Cik Mastura, murid darjah satu yang bernama #Saifuddin itu, dimasukkan ke Hospital Kota Baru akibat kelecuran teruk pada bahagian mukanya.

Cik Mastura menasihati para ibu bapa supaya jangan #meletakkan pemetik api di dalam kereta untuk mengelak tragedi sedemikian.

Jadi ikhtibar... Seorang murid thn 1 SK Sg Pas,Kuala Krai... #Saifuddin berada di hospital kota bharu krn terlibat dlm musibah kebakaran kereta ketika ibunya mengisi minyak..murid tersebut menghidupkan lighter.
Berhati2 pd anda yg punyai anak dan cucu serta pastikan #tiada lighter di tinggal di dalam kereta. Kejadian di Stesen Caltex Guchil dlm bandar K. Krai.




0 comments:

Post a Comment