Sunday 26 June 2016

Filled Under:

ASTAGHFIRULLAH.. 200 Penganut Buddha Musnahkan Masjid di Myammar !! Masya Allah.. Kita hanya mampu berdoa untuk Mereka.. Apa salah Mereka sehingga dibuat begini !!


YANGON: Puluhan pegawai polis dikerahkan untuk menjaga #keselamatan di sebuah kampung di tengah Myanmar, setelah sekumpulan penganut Buddha memusnahkan sebuah masjid.

Ia merupakan insiden keganasan anti-Muslim yang terbaru di Myanmar, #yang sudah menyaksikan insiden-insiden pertumpahan darah akibat rusuhan agama sejak 2012.

Bahkan, peningkatan sentimen tegar Buddha menjadi cabaran utama bagi #pemerintah baru Aung San Suu Kyi.
#
Keganasan yang terbaru tercetus minggu ini apabila sekitar 200 penganut Buddha mengamuk di kawasan orang Islam di sebuah kampung di wilayah Bago, menyusuli satu pertengkaran antara jiran berhubung pembinaan sebuah sekolah Islam.

Own Lwin, ketua polis tempatan, berkata keadaan di situ kekal #tegang hari ini, dengan sekitar 100 pegawai polis dikerahkan untuk memastikan keadaan terus aman.


"Malam semalam, 50 pegawai polis menjaga kampung sebagai #persediaan kerana terdapat desas-desus mungkin rusuhan akan berlaku lagi. Kini kami sudah mengaturkan pasukan polis sehingga 100 pegawai," katanya kepada AFP.

Encik Own Lwin menambah bahawa tiada orang ditangkap #berhubung pemusnahan masjid itu.

Win Shwe, setiausaha masjid itu, memberitahu AFP #bahawa para penduduk Islam bimbang tentang keselamatan mereka dan merancang untuk berpindah ke sebuah bandar berdekatan hingga ketegangan dileraikan.

"Situasi kami tidak selamat sekarang ini dan kami #merancang untuk meninggalkan kampung. Kami masih rasa takut," katanya kepada AFP.


Masjid yang dimusnahkan di wilayah Bago, Myanmar, #pada 24 Jun. (Gambar-gambar: YE AUNG THU / AFP)

Sentimen anti-Muslim kian meningkat di Myanmar sejak #beberapa tahun kebelakangan ini, dengan keganasan-keganasan yang tercetus mengancam untuk menjejas demokrasi yang dicapai Myanmar setelah pemerintahan junta mengundurkan diri pada 2011.

Keganasan agama yang paling dahsyat berlaku di tengah #Myanmar dan wilayah Rakhine, tempat tinggal masyarakat minoriti Rohingya yang beragama Islam yang tidak mempunyai kerakyatan. Puluhan ribu masyarakat Rohingya menderita di kem-kem setelah kehilangan tempat tinggal menyusuli rusuhan.

Sami-sami pelampau dan penganut Buddha tegar membantah #keras langkah untuk mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai masyarakat minoriti secara rasmi, dan berkeras mahu memanggil mereka "Bengali" - yang bermaksud mereka pendatang haram dari Bangladesh.

Cik Suu Kyi, yang memperjuangkan hak asasi manusia, #dikritik kerana tidak mengambil pendekatan lebih tegas untuk mempertahankan orang Rohingya atau penderaan yang dialami mereka.

Bulan ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) #memberi amaran bahawa pencabulan terhadap orang-orang Rohingya boleh dianggap sebagai "jenayah terhadap kemanusiaan."

Cik Suu Kyi, penerima Hadiah Nobel Keamanan, yang #kini menerajui pemerintah awam Myanmar yang pertama dalam berdekad-dekad lamanya, meminta diberikan "ruang" sementara pentadbirannya cuba memupuk kepercayaan antara masyarakat-masyarakat berlainan agama.




0 comments:

Post a Comment